
Assalamualaikum kome semua! Untuk artikel kedua ini, yong nak ngabor, Perak ini special sikit dari negeri lain. Ngaper? Sebabnya dalam negeri Peghok ini, kami banyak loghat. Sebelah kampung pun loghat berbeza. Contohnya, perkataan Kerbau, ada yang nyebut “kobo” ada yang nyebut “koba” “kerobo”. Sebab apa jadi camtu yong? Sebabnya
Perak mempunyai 5 loghat atau dialek.
🔍Utara Perak seperti Parit Buntar dan Bagai Serai, loghatnya lebih kepada loghat utara seperti kedah dan pulau pinang.
🔍Hulu Perak pula seperti Kroh, Grik dan Lenggong lebih kedengaran bunyi orang kelantan dan Patani
🔍Daerah Kinta, longhat berbeza kerana disini kebanyakan kawasan merantau dan majoritinya dari kepulauan Indonesia
🔍Perak Tengah seperti Kuala Kangsar, Bota, Parit, yang ini merupakan loghat asli Negeri Perak. Menggunakan bahasa ate, kome, pasior, mike, teman dan sebagainya. Kuala Kangsar kampung #yongvocab ye
🔍Perak selatan seperti Tapah, Teluk Intan, loghat lebih kepada selangor dan johor. Jangan lupa follow @vocabselangor dan @vocabjohor
Jadi inilah keistimewaan Negeri Perak. Dalam satu negeri pun, loghat kami berbeza-beza.
Ada member kata kalau perak bahagian tengah tu pekat dia mmg dia sendiri pon x faham haha