July 26, 2021
Bendera Negeri Perak

Bendera Negeri Perak

Bendera Negeri Perak | Apa maksud warna hitam, kuning dan putih di bendera Negeri Perak? Bila Bendera Negeri Perak ini dicipta? Idea siapa?

Yong mencari secara maya dan dapat beberapa info ringkas mengenai Bendera Negeri Perak ini. Yong teringin nak pergi ke perpustakaan dan mendapat info sahih daripada buku. Tapi disebabkan musim Covid-19, yong tangguhkan dahalu. Mungkin jika ada pernambahan info, yong akan kemaskini artikel ini.

Sejarah Bendera Negeri Perak

Bendera Negeri Perak di usulkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak pada tarikh 1 Mac 1879, Raja Muda Yusuf yang semasa itu memegang jawatan sebagai Pemangku Sultan Negeri Perak telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera untuk negeri Perak.

Dalam usul tersebut, terdapat gambaran bendera yang mempunyai 3 jalur warna yang sepertimana kita dalam lihat pada hari ini dalam warna jalur bendera negeri Perak Darul Ridzuan.

Maksud Warna Jalur Bendera Negeri Perak

⚪️ Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

🟡 Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

⚫️ Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Dan untuk makluman kome, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang melambangkan Raja Bendahara telah digantikan kepada Raja DiHilir berikutan tentang hal pemansuhan gelaran tersebut.

Inilah sejarah dan info ringkas yang yong boleh kongsi dengan kome. Selepas ini yong akan kongsi pula Jata Negeri Perak dan maksudnya.

#YongVocab nak khabor “Perak Is Unique State”

 2,688 total views,  2 views today

One thought on “Bendera Negeri Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *