September 21, 2023
Lagu Negeri Perak Lagu Dari Perancis?

Lagu Negeri Perak Lagu Dari Perancis?

Lagu Negeri Perak Lagu Dari Perancis? | Mungkin kome tahu yang Lagu Negeri Perak sama dengan lagu Negaraku, lagu rasmi Malaysia dan juga lagu Terang Bulan. Tapi kome tahu ke idok yang original Lagu Negeri Perak adalah dari Perancis?

Lagu Rasmi Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger. Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Dibawah adalah video yang kome boleh dengar dan bandingkan dengan Lagu Negeri Perak, Lagu Negaraku , Lagu Terang Bulan dan La Rosalie. Dikatakan penggubah tersebut telah memberi irama ini kepada Sultan Abdullah. Jadi ianya tidaklah salah atau mencuri hak cipta walaupun masa tersebut tiada Hak Cipta

Untuk pengetahuan kome, Sultan Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Mu’azzam Shah telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles kerana bersubahat membunuh J.W.W Birch. Mesti kome belajar sejarah tahu mengenai J.W.W Birch ini kan? Sultan Abdullah telah dibuang negeri oleh Kerajaan British pada tahun 30 Mac 1877.

Oleh kerana minat baginda terhadap seni, semasa buangan, baginda mencipta lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” yang disesuaikan dalam irama lagu Terang Bulan sekembalinya semula baginda ke negeri Perak.

Seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak dan seterusnya dipilih menjadi irama lagu kebangsaan Malaysia iaitu Lagu Negaraku.

Jangan lupa baca entri Jata Negeri Perak juga. Jumpa lagi di artikel seterusnya dan harap kome dapat sedikit ilmu dari artikel ini. Jangan lupa kongsi di laman media sosial korang.

Loading

7 thoughts on “Lagu Negeri Perak Lagu Dari Perancis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *