July 26, 2021
Nama Panggilan Anak Anak di Perak

Nama Panggilan Anak Anak di Perak

Nama Panggilan Anak Anak di Perak

Nama Panggilan Anak Anak di Perak | Kali ini #yongvocab nak kongsi dengan komer mengenai nama panggilan untuk anak anak atau adik beradik yang lahir di negeri Perak. Komer mungkin biasa dengan panggilan yeop dan yong. Yeop digunakan untuk panggilan lelaki dan yong untuk perempuan. Tapi mungkin ada yang nak tahu nama nama panggilan yang lain pada anak anak mengikut urutan kan? Jadi komer kena baca apa yang yong tulis sampai habis artikel. Sebelum itu yong nak katakan anak kelahiran jati negeri Perak sinonim mengandingkan nama panggilan atau gelaran ini bersama-sama dengan nama sebenar mereka

Nama Panggilan Anak Anak di Perak

Anak Pertama : Kulop / Lope / Yoep / Yong / Chor
Contoh nama : Yeop Leman / Yong Bedah

Anak Kedua : Ngah / Nyah
Contoh nama : Ngah Zul / Nyah Sa

Anak Ketiga : Alang / Yang
Contoh nama : Alang Aiman / Yang Jenab

Anak Keempat : Ndak
Contoh nama : Pak Ndak Wan / Mak Ndak Ila

Anak Kelima : Njang
Contoh nama : Njang Azam

Anak Keenam : Teh
Contoh nama : Teh Din

Anak Bongsu : Busu / Su
Contoh nama : Busu Lan / Su Leha

Tapi kalau ada anak anak seterusnya akan ada panggilan panggilan yang lain. Kalau komer ada nama panggilan yang berbeza dengan apa yang yong senaraikan ini, komer kongsi dengan pembaca vocabperak.com dengan komen di ruang komen.

Jangan lupa untuk follow IG Vocabperak

 2,906 total views,  2 views today

4 thoughts on “Nama Panggilan Anak Anak di Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *