May 1, 2024
Dolphin Di Taiping Perak?

Dolphin Di Taiping Perak?

Dolphin Di Taiping Perak? | Pengalaman yong bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara tahun lepas sangat berharga disebabkan jika tidak, yong sendiri pun tidak tahu ada Dolphin di Negeri Perak ini.

Walaupun ianya tidak banyak, dan hanya muncul di waktu tertentu, tapi pengalaman dengan melihat dengan mata sendiri buat kita teruja lagi lagi wujud di negeri sendiri.

Waktu paling sesuai untuk dolphin hunter ini adalah di awal bulan dan di hujung bulan. Itupun hanya beberapa hari sahaja.

Yong masa itu mengikuti trip En Jusri yang sangat berpengalaman dalam pencarian tempat dolphin ini selain nelayan nelayan yang ada menangkap ikan di kawasan tersebut. Kalau di ikutkan dolphin dolphin yang ada sangat jinak pada nelayan dan pemandu bot yang selalu ada di kawasan sekitar mereka.

Dolphin yang ada jenis Indo-Pacific humpback dolphins dan sempat yong tengok masa tersebut dalam 3 atau 4 ekor.

Yong masa itu sempat mengambil video manakala kawan yong yang sama sama ada berjaya rakam gambar.

Dolphin ini yong pernah ceritakan sebelum ini di blog peribadi

Untuk sesiapa yang ingin mengikuti trip pencarian dolphin kuala sepetang ini, boleh lah hubungi Encik Jusri : +60 12 631 6132 atau hubungi facebook beliau – https://www.facebook.com/mohdjusri

Loading

2 thoughts on “Dolphin Di Taiping Perak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *