May 17, 2022
ATV – Adventure Park Larut Taiping

ATV – Adventure Park Larut Taiping

ATV – Adventure Park Larut Taiping | Lama juga Yong Vocab (YV) tidak menjenguk web yang satu ini. Iyalah, komer dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan daerah dan negeri, blog pelancongan macam Vocab Perak tak menjadi tumpuan. Udah alang alang Pak Long umumkan merentas negeri di benarkan, terus YV rasa nak berkongsi dengan mengkomer tempat menarik ada di Perak.

ATV – Adventure Park Larut Taiping

Kali ini, YV nak bawa komer ke Taiping. Terletak di tepi Taman Tasik Taiping, ATV – Adventure Park Larut Taiping menjadi salah satu tempat riadah untuk kome suka aktiviti mencabar. Harga pun murah murah aja cuma komer kena la booking awal untuk elak tunggu lama sebab tunggu kenderaan ATV yang digunakan. Al maklumlah, ATV – Adventure Park Larut Taiping ini menjadi tumpuan orang ramai.

Harga ATV – Adventure Park Larut Taiping

Harga YV dapat ini daripada flyer sebab bawa family YV minggu lepas. Untuk full package, boleh hubungi deme yang akan YV letak nanti. Pakej yang ada adalah Mini Funride, Funride, Ride with Guide, Offroad dan Offroad to River dengan harga serendah RM30

  • Mini Funride – RM30 seorang
  • Funride – RM 50 seorang
  • Offroad – RM 150 seorang (1 jam ke 1 setengah jam)

Aktiviti ATV – Adventure Park Larut Taiping

Ini antara aktiviti YV sendiri join sebelum ini yang YV kongsi di personal blog YV di ATV Adventure Park Larut Taiping. Gambar terakhir itu gambar family YV pergi minggu lepas.

Maklumat TV Adventure Park Larut Taiping

ATV Adventure Park Larut

Jalan Bukit Larut 34000 Taiping Perak

www.wasap.my/+60197121791 

www.facebook.com/ATV-Adventure-Park-Larut

Buka setiap hari kecuali Selasa

9 pagi sehingga 6 petang

 1,665 total views,  5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.